LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Edit Posted by with No comments
LAPORAN BBM

Definisi Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam , kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera.

        Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu  pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.”  Atan Long ( 1982: 174 )“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau diletak pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

      Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).


Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar
BBM boleh dibahagikan kepada tiga  iaitu :
-          Bahan Bantu Mengajar elektronik
-          Bahan Bantu Mengajar bukan elektronik
-          Bahan-bahan bercorak pengalaman atau bahan sebenar.

Bahan Bantu Mengajar bukan elektronik
Bahan pengajaran bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu,  fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya.  Antara bahan pengajaran bukan elektronik ialah:

1.      Papan tulis atau papan hitam
Ø  Bahan asas dalam pengajaran
Ø  Digunakan untuk mencatat isi-isi pengajaran ketika digunakan

2.      Buku teks
Ø  Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
Ø  Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan

3.      Papan Pamer
Ø  Dikenali sebagai papan buletin
Ø  Sumber pangajaran yang produktif
Ø  Dapat memperkenalkan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
Ø  perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap
Ø  dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
  
4.      Fail tegak dan bahan bacaan
Ø  Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
Ø  Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta,
Ø  peta, gambar skrip dan sebagainya.
Ø  Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
Ø  Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah

5.      Gambar
Ø  Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.

6.      Kad imbasan atau kad cantuman
Ø  Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata.
Ø  Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
Ø  Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah

7.      Carta
Ø  Susunan maklumat yang sistematik
Ø  Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan.
Ø  Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a. Carta flip/selak
b. Carta pusing
c. Carta aliran
d. Carta graf
e. Carta pai
f. Carta tunggal


8.      Grafik
Ø  Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.
Ø  Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya

9.      Papan pengajaran
Ø  Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.
Ø  Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar

10.  Model
Ø  Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
Ø  Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi
Ø  Jenis model
a. Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
b. Model potongan-keratan
c. Model olok-olok gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
Ø  Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris

11.  Boneka
Ø  Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
Ø  Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog diperbuat daripada kain, kapas, tanah lait dan kertas rendaman.

12.  Diorama
Ø  Reka bentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi

Bahan Bantu Mengajar Elektronik
Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah :

1.      Overhead Projektor (OHP)
Ø  Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen)
  ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin
Ø  Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin
Ø  Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
Ø  Keberkesanan transparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)

2.      Transparensi OHP
Ø  Kebaikan menggunakan transparensi:
a. Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
b. Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika transparensi itu disediakan awal
c. Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik
d. Transparensi juga bersih berbanding papan kapur
Ø  Cara penyediaan transparensi
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan

3.      Pita slaid (filem slaid)
Ø  Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis transparensi positif berukuran kecil
Ø  Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi
Ø  Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid.
Ø  Dapat menarik perhatian pelajar
Ø  Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas
Ø  Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah dan ditambah

4.      Radio
Ø  Untuk pengajaran bahasa
Ø  Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan

5.      Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)
Ø  Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar
Ø  Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

6.      Alat rakaman


7.      Filem tayangan atau filem jalur
Ø  Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan pendengaran
Ø  Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari

8.      Komputer
Ø  Boleh diprogramkan untuk mengajar
Ø  Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
Ø  Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan sebagainya.

Bahan-bahan bercorak pengalaman atau bahan sebenar.
1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan
                dan projek pameran
2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan
                 benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi
                  kepada beberapa kumpulan iaitu:
Ø  Benda bukan hidup
Ø  Benda buatan
Ø  Tumbuh-tumbuhan
Ø  Benda hidup

Kebaikan Bahan Bantu Mengajar
1.      Meransang minda pelajar untuk belajar
Ø  Mengurangkan penggunaan buku teks
Ø  Menggunakan buku yang menarik
Ø  Meningkatkan kefahaman
Ø  Membantu guru menyelesaikan kaedah pdp yang sentiasa berubah-ubah


2.      Mencetuskan minat pelajar
Ø  Bahan bantu mengajar yan berbeza-beza mewujudkan minat pelajar.
Ø  Pelajar lebih berminat untuk belajar.
Ø  Penyampaian maklumat lebih jelas dan teratur.
Ø  Proses pdp lebih menyeronokkan

3.      Menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan
Ø  Proses pdp lebih efektif
Ø  Contoh , bahan bantu mengajar berasaskan multimedia
Ø  Membantu pelajar mengingat gambar yang dipaparkan.\
Ø  Menarik perhatian pelajar.
Ø  Proses pdp lebih cepat dan berkesan

4.      Membantu mengetengahkan konsep pembelajaran
Ø  Menggalakkan pelajar aktif di dalam kelas
Ø  Pembelajaran tidak berpusat kepada guru sahaja.

Kekurangan dan Kelemahan Bahan Bantu Mengajar
1.      Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai.
2.      Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian bahan bantu mengajar (BBM).
3.      Kesukaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM). Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan bahan  bantu mengajar (BBM).
4.      Faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah.

Teknik Menerap Imej
Menerap imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri. Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini seperti yang berikut :
Langkah 1 – Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej.
Ø  Jelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar memahami apa yang mereka baca. (apa)
Ø  Pelajar dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca. (mengapa)
Ø  Guru tunjuk cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri. (bagaimana)

Langkah 2 – Pilih teks berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan dan bacakan dengan lantang. Guru bacakannya dengan lantang.

Langkah 3 – Tunjuk cara penggunaan strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik berfikir dan bersuara dan kemudian berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. Pekara ini dilakukan teruatamanya apabila bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks.

Langkah 4 – Membekalkan latihan berpandu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang berlansung. Galakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
  
Langkah 5 – Sokongan ketika latihan kendiri
.
Ø  Pelajar bekerja secara pasangan untuk membaca senyap teks.
Ø  Pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej yang mereka bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut.

Ø  Pasangan pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental yang mereka bina.
Ø  Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat melaksanakan aktiviti tanpa bergantung kepada guru.

Langkah 6 – Sediakan latihan kendiri terpilih. Ketika pelajar sudah mahir menggunakan teknik menerap imej ini sediakan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas teks- teks lain yang bersesuaian.


Bahan bantu mengajar yang dipilih
Kumpulan kami telah memilih bahan bantu mengajar yang mengaplikasikan teknik menerap imej. Bahan bantu mengajar ini lebih banyak menggunakan unsur visual dan imej untuk membantu pembentukan mental imej pelajar. Sebagai bakal guru pendidikan khas, kumpulan kami telah menyesuaikan teknik ini dengan proses pdp yang akan berlangsung dengan pelajar pendidikan khas. Pembentukan bahan bantu mengajar ini adalah bergantung kepada rasional pemilihannya.

Rasional pemilihan bahan bantu mengajar ini ialah : 

1.      Menepati objektif pembelajaran
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a)    Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b)   Susunan bahan
c)    Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d)   Maklumat yang kemaskini
e)   Perbendaharaan kata yang sesuai

2. Menarik
a) Reka letak, lukisan, jadual, graf, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
      b)   Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
     c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
      d)   Kualiti kulit dan cara buku dijilid
      e)   Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

3. Jimat dan mudah
     Bagi menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut, kami tidak membelinya, tidak semestinya kerana mahal sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan sendiri dengan kreativiti contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

4.      Praktikal dan mudah digunakan
Bbm ini senang untuk digunakan serta tahan lasak. Ianya juga praktikal dan mudah untuk dibawa kemana-mana, tidak terlalu besar dan tidak berat. Bahan ini sangat sesuai dengan pelajar pendidikan khas.


Contoh teks yang bersesuaian dengan teknik menerap imej bagi pendidikan khas :



Contoh teks mudah

Contoh teks sedikit sukar

0 comments:

Post a Comment