KERTAS KERJA
KARNIVAL INOVASI DAN KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH
24
NOVEMBER 2017
TEMPAT
DEWAN
KULIAH J
ANJURAN
Pelajar
Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 3 Sesi 2017/2018
DENGAN KERJASAMA
Fakulti
Bahasa dan Komunikasi
1.0 TUJUAN
Ø
Untuk memenuhi kerja kursus yang diberikan oleh
pensyarah iaitu menjalankan pameran bahan bantu mengajar.
Ø
Mendedahkan pelbagai bahan bantu mengajar
daripada pelbagai kos yang berlainan.
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan
oleh pelajar-pelajar daripada kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini
bertujuan untuk memberikan penambahan
ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri mengenai bahan bantu mengajar.
Pelajar juga dapat mengetahui pelbagai
teknik bahan bantu mengajar yang boleh dipraktikkan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi
mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 RASIONAL
Ø
Program Bahan Bantu Mengajar (BBM) dibawah
subjek Keterampilan Membaca (BMK3033) ini mendapat kerjasama daripada
pelajar-pelajar kumpulan A bagi kursus ini. Pelajar yang mengambil subjek
Keterampilan Membaca perlu membuat satu teknik pengajaran dan bahan bantu
mengajar yang menarik dan dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran serta dalam mempelajari dengan meluas mengenai pembendaharaan
kata.
4.0 OBJEKTIF
Program ini
diadakan untuk:
Ø
Menambahkan ilmu pengetahuan para guru mengenai
pengunaan bahan bantu mengajar.
Ø
Memberikan pendedahan kepada para guru supaya
lebih kreatif.
Ø
Memberikan pendedahan mengenai cara untuk mempraktikkan
bantu bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø
Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhwah
antara mahasiswa/mahasiswi.
Ø
Membentuk para guru yang berketerampilan dan
berkeperibadian tinggi dan mulia.
Ø
Memberikan
peluang kepada para guru untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
Ø
Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu
kuliah ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø
Tujuan
pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.
5.0 HASIL PEMBELAJARAN
i. Mempraktikkan
perkara yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
ii. Memberi
pengalaman kepada para guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar
yang
kreatif dan berkesan.
6.0
KEMAHIRAN INSANIAH
Ø
Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang
berguna.
Ø
Membentuk peribadi guru yang kreatif dan
berinovasi.
Ø
Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
7.0
JUSTIFIKASI
Program ini
bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi.
Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit.
Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta.
Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap.
Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian
bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri ke arah
kecemerlangan.
8.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program : Karnival Inovasi
dan Kreativiti BBM Bacaan
Tarikh :
24 November 2017
Hari
: Jumaat
Tempat : Dewan Kuliah
J
9.0
KUMPULAN SASARAN
Melibatkan semua
pelajar kumpulan A sahaja kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 3 Sesi
2017/2018 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
10.0 TENTATIF
PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 – 8.30 pagi
|
Persiapan setiap kumpulan
|
8.30 -10.00pagi
|
Lawatan ahli kumpulan yang lain ke tapak pameran dengan
pemberian markah
|
10.00-11.00 pagi
|
Lawatan oleh pensyarah untuk pemberian markah
|
11.00 pagi
|
Bersurai
|
11.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Ketua Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia
Binti Janan
Pengarah program
Nor Rasidah Binti
Zaman
Setiausaha
NurIzyan Izzati binti
Zolkafli
Bendahari
Nur Shafiqah Binti
Azmi
12.0 PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
1
|
KOTAK
|
RM 1.00
|
2
|
KERTAS BUNGA
|
RM 1.00
|
3
|
MOUNTING BOARD
|
RM 3.00
|
4
|
PINGGAN POLISTREN
|
RM2.00
|
5
|
RING
|
RM2.00
|
6
|
TRANSPARENT
|
RM2.00
|
JUMLAH PERBELANJAAN
|
RM11.00
|
13.0 PENUTUP
Ucapan
terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam
kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program
ini akan mencapai objektif yang diinginkan dan memberi pengalaman serta ilmu
baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat
berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya
meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh : |
NurIzyan Izzati binti Zolkafli
Setiausaha,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
Disokong
oleh :
|
Nor Rasidah Binti Zaman,
Pengarah Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
Disemak oleh : |
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penaung Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ……………………………..
|

0 comments:
Post a Comment