LAPORAN
BBM
Definisi Bahan Bantu
Mengajar
Bahan
bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan
mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam , kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia juga merangkumi segala benda yang digunakan
dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera.
Thomas,
R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang
berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan
daya penghargaan.”
Menurut
Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang
tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan
BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan
penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.”
Atan Long ( 1982: 174 )“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu
bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,
carta, atau diletak pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat
penyampaiannya dinamakan BBM.”
Penggunaan
bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu
mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran
guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).
Jenis-jenis Bahan Bantu
Mengajar
BBM
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :
-
Bahan Bantu Mengajar elektronik
-
Bahan Bantu Mengajar bukan elektronik
-
Bahan-bahan bercorak pengalaman atau
bahan sebenar.
Bahan Bantu Mengajar bukan elektronik
Bahan
pengajaran bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh
guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu, fungsinya masih berkesan untuk memudahkan
guru menyampaikan pengajarannya. Antara
bahan pengajaran bukan elektronik ialah:
1. Papan
tulis atau papan hitam
Ø Bahan
asas dalam pengajaran
Ø Digunakan
untuk mencatat isi-isi pengajaran ketika digunakan
2. Buku
teks
Ø Dikarang
khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
Ø Digunakan
secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan
3. Papan
Pamer
Ø Dikenali
sebagai papan buletin
Ø Sumber
pangajaran yang produktif
Ø Dapat
memperkenalkan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
Ø perbendaharaan
kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap
Ø dan
nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4. Fail
tegak dan bahan bacaan
Ø Terdiri
daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
Ø Contoh
seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster,
carta,
Ø peta,
gambar skrip dan sebagainya.
Ø Disimpan
sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
Ø Dapat
menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber
sekolah atau bilik darjah
5. Gambar
Ø Digunakan
untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan
sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
6. Kad
imbasan atau kad cantuman
Ø Terdiri
daripada kata-kata atau rangkai kata.
Ø Memperkenalkan
perkataan-perkataan baru
Ø Sesuai
untuk pelajar-pelajar peringkat rendah
7. Carta
Ø Susunan
maklumat yang sistematik
Ø Mengandungi
huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
Ø Jenis
carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a. Carta flip/selak
b. Carta pusing
c. Carta aliran
d. Carta graf
e. Carta pai
f. Carta tunggal
8. Grafik
Ø
Bahan yang dilukis sebagai karangan
visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.
Ø
Dapat meningkatkan prestasi pengajaran
dan pemahaman pelajarannya
9. Papan
pengajaran
Ø Sesuai
digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.
Ø Berguna
untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif
dan dapat memotivasikan pelajar
10. Model
Ø Bahan
gantian yang menyerupai bahan sebenar
Ø Bahan
tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu
berfungsi
Ø Jenis
model
a. Model berskala-kadar
pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
b. Model
potongan-keratan
c. Model olok-olok
gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
Ø Boleh
diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau
plaster of Paris
11. Boneka
Ø Berbentuk
orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
Ø Digunakan
dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog diperbuat daripada kain, kapas,
tanah lait dan kertas rendaman.
12. Diorama
Ø Reka bentuk
gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan
kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam
persembahan tiga dimensi
Bahan Bantu Mengajar Elektronik
Bahan
pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik.
Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya
mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah :
1. Overhead
Projektor (OHP)
Ø Menggunakn
sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen)
ke
permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin
Ø Cahaya
yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin
Ø Digunakan
untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
Ø Keberkesanan
transparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan ke
dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
2. Transparensi
OHP
Ø Kebaikan
menggunakan transparensi:
a. Boleh disediakan
dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
b. Memberi keselesaan
semasa penyampaian terutama jika transparensi itu disediakan awal
c.
Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik
d.
Transparensi juga bersih berbanding papan kapur
Ø Cara
penyediaan transparensi
i-Kaedah
tetingkap
ii-Kaedah
singkapan
iii-Kaedah
tindihan
iv-kaedah
pusing
v-kaedah
urutan
vi-kaedah
tampalan
3. Pita
slaid (filem slaid)
Ø Filem
Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis transparensi positif
berukuran kecil
Ø Sangat
kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi
Ø Pita
Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid.
Ø Dapat
menarik perhatian pelajar
Ø Dapat
menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas
Ø Isi
kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali,
diubah dan ditambah
4. Radio
Ø Untuk
pengajaran bahasa
Ø Siaran-siaran
radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan
5. Televisyen
dan VCR (Video Cassete Recorder)
Ø Dapat
menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar
Ø Dapat
memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan
6. Alat
rakaman
7. Filem
tayangan atau filem jalur
Ø Dapat
memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan
dan pendengaran
Ø Bahan
yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari
8. Komputer
Ø Boleh
diprogramkan untuk mengajar
Ø Dapat
menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
Ø Pengajaran
dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan sebagainya.
Bahan-bahan bercorak pengalaman
atau bahan sebenar.
1.
Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan
dan projek pameran
2.
Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu
merupakan
benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan
jenis tiga dimensi dan dibahagi
kepada beberapa kumpulan iaitu:
Ø Benda
bukan hidup
Ø Benda
buatan
Ø Tumbuh-tumbuhan
Ø Benda
hidup
Kebaikan Bahan Bantu
Mengajar
1. Meransang
minda pelajar untuk belajar
Ø Mengurangkan
penggunaan buku teks
Ø Menggunakan
buku yang menarik
Ø Meningkatkan
kefahaman
Ø Membantu
guru menyelesaikan kaedah pdp yang sentiasa berubah-ubah
2. Mencetuskan
minat pelajar
Ø Bahan
bantu mengajar yan berbeza-beza mewujudkan minat pelajar.
Ø Pelajar
lebih berminat untuk belajar.
Ø Penyampaian
maklumat lebih jelas dan teratur.
Ø Proses
pdp lebih menyeronokkan
3. Menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan
Ø Proses
pdp lebih efektif
Ø Contoh
, bahan bantu mengajar berasaskan multimedia
Ø Membantu
pelajar mengingat gambar yang dipaparkan.\
Ø Menarik
perhatian pelajar.
Ø Proses
pdp lebih cepat dan berkesan
4. Membantu
mengetengahkan konsep pembelajaran
Ø Menggalakkan
pelajar aktif di dalam kelas
Ø Pembelajaran
tidak berpusat kepada guru sahaja.
Kekurangan dan
Kelemahan Bahan Bantu Mengajar
1. Kurangnya
kemahiran guru dalam memilih jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai.
2. Kurangnya
kemahiran guru dalam pengaplikasian bahan bantu mengajar (BBM).
3. Kesukaran
dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM). Seperti kurangnya alat pelaksanaannya,
bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru
dalam menyediakan bahan bantu mengajar
(BBM).
4. Faktor
pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah.
Teknik Menerap Imej
Menerap
imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan
bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara
asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.
Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini seperti
yang berikut :
Langkah 1 –
Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej.
Ø Jelaskan
menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar memahami apa yang
mereka baca. (apa)
Ø Pelajar
dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang
boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca. (mengapa)
Ø
Guru tunjuk cara untuk melaksanakan menerap imej
dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri. (bagaimana)
Langkah 2 – Pilih
teks berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan dan bacakan dengan lantang. Guru bacakannya dengan lantang.
Langkah 3 – Tunjuk
cara penggunaan strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik berfikir dan
bersuara dan kemudian berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi
beliau dengan teks dengan pelajar. Pekara ini dilakukan teruatamanya apabila
bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks.
Langkah 4 –
Membekalkan latihan berpandu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang
mereka gambarkan ketika membaca lantang berlansung. Galakkan pelajar untuk
mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
Langkah 5 –
Sokongan ketika latihan kendiri
.
Ø Pelajar
bekerja secara pasangan untuk membaca senyap teks.
Ø
Pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada
pasangannya mengenai imej-imej yang mereka bina ketika membaca dan juga punca
yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut.
Ø Pasangan
pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental
yang mereka bina.
Ø
Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa
ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat melaksanakan aktiviti tanpa
bergantung kepada guru.
Langkah 6 – Sediakan latihan kendiri terpilih. Ketika pelajar
sudah mahir menggunakan teknik menerap imej ini sediakan peluang untuk mereka
menggunakan strategi ini ke atas teks- teks lain yang bersesuaian.
Bahan bantu mengajar
yang dipilih
Kumpulan
kami telah memilih bahan bantu mengajar yang mengaplikasikan teknik menerap
imej. Bahan bantu mengajar ini lebih banyak menggunakan unsur visual dan imej
untuk membantu pembentukan mental imej pelajar. Sebagai bakal guru pendidikan
khas, kumpulan kami telah menyesuaikan teknik ini dengan proses pdp yang akan
berlangsung dengan pelajar pendidikan khas. Pembentukan bahan bantu mengajar
ini adalah bergantung kepada rasional pemilihannya.
Rasional pemilihan bahan bantu
mengajar ini ialah :
1. Menepati
objektif pembelajaran
Ketepatan
bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang
menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah
menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan
pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah
berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan
kehendak pelajar.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang
tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
2.
Menarik
a) Reka letak, lukisan,
jadual, graf, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu
maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau
memahami sesuatu konsep.
b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah
sesuai dengan peringkat umur pelajar.
c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran,
tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat
menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang
jelas.
3.
Jimat dan mudah
Bagi menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut, kami tidak membelinya,
tidak semestinya kerana mahal sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan sendiri
dengan kreativiti contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.
4. Praktikal
dan mudah digunakan
Bbm
ini senang untuk digunakan serta tahan lasak. Ianya juga praktikal dan mudah
untuk dibawa kemana-mana, tidak terlalu besar dan tidak berat. Bahan ini sangat
sesuai dengan pelajar pendidikan khas.
Contoh teks yang bersesuaian dengan
teknik menerap imej bagi pendidikan khas :
Contoh teks mudah
Contoh teks sedikit sukar